Seorang wanita berusia 25 tahun dari Chandigarh, India dilaporkan menangis air mata berdarah ketika datang haid.
Penyakit tersebut dikenal pasti Institut Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan Pascasiswazah sebagai haemolacria.
Menurut seorang doktor bernama Dr Soumitra Ghosh, “Darah yang keluar dari air mata adalah entiti klinikal yang sangat membimbangkan bagi pesakit dan doktor. Sekiranya anda melihat darah keluar dari mata, anda dapat membayangkan betapa menakutkan keadaannya.”
Terangnya lagi, “Ia penyakit yang berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya pendarahan luar rahim ketika datang bulan.
“Keadaan ini juga boleh berlaku kepada organ lain termasuk hidung, mata, telinga, usus, paru-paru, puting dan kulit.
“Namun keadaan dialami wanita itu adalah paling jarang berlaku dan hanya beberapa kes dilaporkan setakat ini.”
Setakat ini, punca sebenar di sebalik terjadinya kejadian tersebut masih belum dikenal pasti namun para doktor berpendapat bahawa ia sememangnya sesuatu yang harus dipandang serius.