Seorang wanita yang baru berkahwin dari Sonepur, India, dilaporkan meninggal dunia akibat menangis keterlaluan.
Mangsa yang baru berkahwin dengan suaminya dari Bolangir, dikatakan pengsan tiba-tiba ketika keluarganya sedang bersiap untuk menghantarnya ke rumah mentua.
Disebabkan itu, beliau dikejarkan ke sebuah pusat kesihatan, namun doktor mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.
Mangsa yang juga mengalami serangan jantung, mengalami tekanan sejak pemergian bapanya beberapa bulan lalu.
"Dia seorang gadis yang baik, tetapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya.
"Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua.
"Saya tidak menyangka dia akan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian rupa," kata seorang penduduk kampung wanita berkenaan.
Menurut doktor, serangan jantung boleh berlaku disebabkan tekanan emosi kerana ia menggangu fungsi jantung untuk mengepam darah dengan efektif.
Sumber: Hindustan Times