Perlawanan Bola Sepak Terhenti Gara-Gara Teman Wanita Ajak Pulang

Perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan seketika kerana tindakan seorang wanita yang masuk ke padang semata-mata mahu mengajak teman lelakinya pulang.

perlawanan bola sepak terhenti gara-gara teman wanita ajak pulang

Klip rakaman video yang berlaku di Indonesia itu juga telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

 

Dalam rakaman terbabit menunjukkan satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung dengan ramai penonton menyaksikannya dari luar padang.

 

Namun ia terpaksa dihentikan seketika selepas seorang wanita yang memakai topi keledar berjalan masuk ke tengah padang menuju ke arah salah seorang pemain.

 

Penonton dan pengulas turut bersorak dengan kehadiran wanita itu yang bertemu teman lelakinya di atas padang. Pemain bola sepak itu berasa janggal lantas berjalan keluar padang bersama teman wanitanya itu.

 

 

Tidak dapat dipastikan apa yang diberitahu wanita itu kepada teman lelakinya di atas padang, namun yang pasti tindakan wanita itu sangat berani dan diluar jangkaan.

 

Sumber: Kosmo! / Instagram @fakta.indo

ARTIKEL BERKAITAN