Seorang wanita telah menarik perhatian ramai apabila berjaya melahirkan enam bayi dalam masa 10 minit menerusi kaedah pembedahan.
Kejadian berlaku di Brazil ketika usia kandungan wanita itu mencecah 27 minggu.
Quezia dan suaminya, Magdiel Costa, 31, mengetahui bahawa mereka akan menyambut kelahiran enam bayi seawal April lalu.
Wanita itu kemudian menjalani uterine cerclage pada 7 September lalu, iaitu prosedur untuk mengatasi rahim lemah dan mencegah kelahiran pramatang di sebuah hospital di Colatina.
Bagi menyambut kelahiran kembar enam ini, seramai 32 pakar perubatan termasuk doktor, ahli fisioterapi, jururawat, pakar bius dan pediatrik bekerjasama ketika menyambut kelahiran bayi-bayi Quezia pada petang Ahad lalu.
Keenam-enam bayi itu telah diberi nama Theo, Matteu, Lucca, Henry, Eloa dan Mayte.
Sumber: Kosmo!