Wanita Ketawa Bila Peragut Bawa Lari Rantai Emas Palsu

Insiden meragut merupakan kejadian yang sangat meresahkan di mana seseorang menggunakan kekerasan atau ancaman untuk mencuri harta benda orang lain secara paksa.

 

Tindakan ini boleh menyebabkan ketidakamanan dalam masyarakat serta menyebabkan kerugian serta trauma kepada mangsa yang terlibat.

 

Tetapi berbeza dengan seorang wanita dari Vietnam apabila beliau hanya ketawa apabila rantai emas dipakainya telah diragut seorang penunggang motosikal, ketika dia sedang menyapu sampah ditepi sebuah jalan.

wanita ketawa bila peragut bawa lari rantai emas palsu

Menurut laporan, wanita itu ketawa dan tidak berasa sedih apabila rantai leher yang dianggarkan bernilai 24.9 juta dong (kira-kira RM4,915) itu diragut kerana ia adalah barang kemas palsu.

 

Menerusi rakaman video, wanita itu pada mulanya sedang menyapu sampah di tepi jalan hadapan rumahnya, sebelum seorang penunggang motosikal menghampiri dan meragut rantai pada leher beliau.

 

Anehnya, wanita itu tidak pula mengejar atau berasa takut, sebaliknya hanya ketawa dengan kuat selain menjerit sesuatu kepada pencuri yang melarikan diri.

 

Difahamkan, wanita itu kemudian membuat laporan polis dan mengaku rantai dipakainya itu adalah rantai palsu.

 

Suspek yang mencuri rantai palsu itu kini masih menjadi buruan polis.

 

Sumber: Thaiger