Gara-Gara Tak Makan Pecal, Wanita Ini Ditinggalkan Kekasih

Akibat tidak memakan pecal, seorang wanita terpaksa akur apabila ia menjadi punca dia ditinggalkan teman lelakinya.

 

Pecal merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran beberapa jenis sayuran dengan kuah kacang. Sayur-sayuran yang digunakan dalam pecal mungkin berbeza-beza, dan resipi kuah kacang mungkin sedikit berbeza di kalangan rantau di Jawa.

gara-gara tak makan pecal, wanita ini ditinggalkan kekasih

Kisah wanita yang ditinggalkan teman lelakinya gara-gara tidak memakan pecal telah dirakamkan dalam satu video di akaun Tiktok @ayyanayiyi.

 

“Saya ditinggalkan kerana enggan makan pecal,” kata wanita itu.

gara-gara tak makan pecal, wanita ini ditinggalkan kekasih

Menurutnya, lelaki itu meminta beliau untuk menemaninya memakan menu nasi pecal. Bagaimanapun wanita itu memberitahunya bahawa dia tidak suka makan pecal. Namun lelaki itu tetap berkeras mengajaknya makan bersama.

 

Wanita itu pula berterus-terusan menolak ajakan teman lelakinya, lalu menyebabkan lelaki itu berang dan memutuskan hubungan mereka. Lelaki itu juga menyifatkan wanita tersebut ‘tidak boleh diajak hidup susah’ akibat enggan makan pecal.

 

Video perkongsian wanita itu mendapat pelbagai komen daripada warganet dengan rata-ratanya tidak boleh menerima apa yang dibuat oleh bekas teman lelaki wanita berkenaan.

 

@ayyanayiyi Reply to @ghfrrfl ♬ original sound - richan

 

Apa pula kata anda?

 

Sumber: [1] , [2]