Lelaki Failkan Saman Lepas Wanita Anggap Hubungan Mereka Hanya Kawan

Seorang lelaki telah memfailkan dua saman terhadap seorang wanita yang enggan menerima pelawaan untuk bertemu janji dengannya.

lelaki failkan saman lepas wanita anggap hubungan mereka hanya kawan

Lelaki yang dikenali sebagai K Kawshigan dari Singapura mengancam untuk menyaman Nora Tan apabila wanita itu enggan menjalinkan hubungan percintaan dengannnya dan menganggap hubungan mereka sekadar berkawan sahaja.

 

Menurut laporan, wanita terbabit bertemu dengan Kawshigan, seorang pengarah di syarikat Dron D1 Racing pada 2016, namun menolak pelawaannya untuk janji temu lalu memutuskan hubungan.

 

Ekoran tindakan wanita itu, lelaki berkenaan mendakwa dia mengalami trauma emosi dan bertindak memfailkan dua saman, satu difailkan di mahkamah tinggi dengan tuntutan sebanyak AS$2.3 juta (kira-kira RM9.7 juta).

 

Saman kedua difailkan di mahkamah majistret dengan ganti rugi sebanyak AS$16,700 (kira-kira RM70,674) kerana wanita itu melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka selepas wanita itu berhenti menghadiri sesi kaunseling. Bagaimanapun saman kedua ini telah ditolak oleh pihak mahkamah kerana ia tidak berasas.

 

Mahkamah memutuskan bahawa Tan dan Kawshigan menjalin hubungan mesra selepas bertemu pada 2016, tetapi persahabatan mereka terputus pada 2020. Ia selepas wujud salah faham mengenai hubungan mereka dengan Kawshigan menyangka hubungan itu atas perasaan cinta.

 

Sebaliknya, Tan hanya menganggap Kawshigan sebagai teman rapat hingga ambil keputusan berundur.

 

Akibat daripada itu, Kawshigan bertindak memfailkan saman kepada Tan atas ganti rugi kecuaian akibat tekanan emosi.

 

Sumber: HMetro