Kesian, Wanita Ini Terpaksa Ke Tempat Kerja Dengan ‘IV Drip’ Di Tangan

Seorang wanita di Shanghai, China telah dilihat berjalan menaiki kereta api bawah tanah, dipercayai menuju ke tempat kerja, dengan titisan intravena (IV drip) pada tangannya.

kesian, wanita ini terpaksa ke tempat kerja dengan ‘iv drip’ di tangan

Menurut laporan, video wanita itu dirakam oleh orang ramai ketika dia sedang berada di sebuah eskalator di stesen kereta api bawah tanah.

 

Ujar lelaki yang merakam video wanita berkenaan, beliau pada mulanya memikirkan botol yang dipegang wanita itu adalah botol minuman.

 

''Pada mulanya, saya fikir dia memegang botol minuman.

 

"Apabila saya menyedari ia adalah botol cecair IV dan dia sedang dimasukkan IV, saya fikir dia kuat dan kehidupan tidak mudah untuknya. Hati saya agak sakit untuknya,'' kata lelaki itu menerusi video di aplikasi Douyin.

Difahamkan, wanita itu bernama Dongdong, mempunyai sebuah studio tarian di Shanghai yang terletak kira-kira 20-kilometer dari rumahnya.

kesian, wanita ini terpaksa ke tempat kerja dengan ‘iv drip’ di tangan

Wanita itu berkata, beliau tidak mampu untuk pergi ke hospital pada waktu siang kerana baru memulakan perniagaan dan belum mengupah mana-mana kakitangan lagi.

 

"Jika saya pergi menerima IV di hospital selepas 10 malam setiap hari dan menghabiskan titisan (IV) pada 2 pagi, saya tidak akan cukup rehat kerana saya perlu membuka studio saya (pada waktu lebih awal).

"Jadi saya bertanya kepada doktor sama ada saya boleh mengambil cecair IV. Saya memberitahu mereka saya pernah belajar perubatan sebelum ini dan saya boleh memasukkannya sendiri. Doktor bersetuju,'' katanya.

kesian, wanita ini terpaksa ke tempat kerja dengan ‘iv drip’ di tangan

Wanita itu mengakui tindakannya itu tidak masuk akal, malah turut memberi amaran agar orang ramai tidak meniru sepertinya.

 

"Ia boleh menyebabkan jangkitan, mungkin juga terdapat reaksi buruk yang boleh membahayakan nyawa anda.

"Adalah berbahaya untuk menerima infusi IV di luar hospital. Saya minta maaf kerana tingkah laku saya memberi kesan negatif kepada orang ramai,'' kata wanita itu lagi.

 

Sumber: Douyin / SCMP