Seorang wanita baru-baru ini menjadi tular selepas bertindak baring atas jalan kerana merajuk terhadap suaminya selepas dia kantoi berlaku curang.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di wilayan Hainan, China, pada 18 Disember yang lalu.
Saksi berkata, pada mulanya dia menyangka wanita itu mengalami kemurungan atau sedang mabuk, membuatkannya berbaring di atas jalan raya.
Saksi itu kemudian cuba menghampiri wanita berkenaan untuk bertanya keadaan dan cuba membantu, namun tidak dihiraukan.
Namun menurut seorang individu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Truong baru sahaja ditangkap suaminya kerana berlaku curang di sebuah hotel.
Wanita itu dan suaminya bertengkar di tepi jalan sebelum Truong meminta suaminya memujuk untuk pulang ke rumah dengan cara berbaring di atas jalan.
Namun permintaan Truong diabaikan dan suaminya segera beredar dari situ meninggalkannya.
“Saya belum pernah melihat peristiwa seperti ini. Dia mengkhianati suaminya, itu adalah kesalahannya. Namun, mengapa dia meminta si suami memujuknya?” kata saksi itu.
Video berkenaan menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi berbeza dari netizen.
Sumber: Tribunnews