Seorang wanita di Amerika Syarikat mendakwa bahawa sebuah hospital menagih wangnya kerana menangis ketika menjalani pembedahan membuang tahi lalat.
Terkejut dengan pengalamannya tersebut, wanita itu berkongsi di media sosial berkenaan perkara yang menimbulkan kemarahannya itu di internet.
Menerusi akaun media sosialnya, wanita itu yang dikenali sebagai Midge, berkongsi foto bil yang diterimanya dari hospital.
Dia secara sinis memuat naik foto bilnya dan menulis, “Penghapusan tahi lalat AS$223 (RM931.92). Menangis: tambahan.”
Menerusi perkongsian yang satu itu, Midge turut menyatakan butiran mengenai perkiraan dan kos yang dibelanjakan.
Tetapi, yang menarik perhatian orang ramai adalah salah satu kategori dari dalam bil itu yang dirujuk sebagai ‘Emosi Ringkas’ yang bermaksud terdapat kos tambahan kerana menjadi emosional.
Menurut foto viral itu, selain kos pembedahan, Midge juga dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM45.97) sekaligus membingungkan ramai pengguna media sosial.
Rata-ratanya, ramai yang meminta wanita itu untuk melakukan aduan kepada pihak beberapa yang lebih tinggi selain terdapat juga sebilangan pengguna yang melakukan gurauan dengan membandingkannya dengan lagu Aerosmith seperti “Crying” dan “Sweet Emotions”.
Tapi kalau difikirkan kembali, macam mana tu boleh dikenakan caj tambahan gara-gara menangis pula ya?
Sumber: [1]