Wanita Ini Tiada Kawan Kerana Dirinya Terlalu Cantik

Seorang wanita mendakwa tidak mempunyai rakan baik wanita kerana dirinya terlalu cantik.

wanita ini tiada kawan kerana dirinya terlalu cantik

Dikenali sebagai Ariana, beliau meluahkan hasrat untuk memiliki kawan wanita kerana hingga kini tiada sesiapa mahu berkawan dengannya.

 

Mempunyai lebih 50,000 pengikut di TikTok @arianasavannah, wanita itu katanya terpaksa berhempas pulas untuk berkawan dengan wanita lain.

wanita ini tiada kawan kerana dirinya terlalu cantik

Bagaimanapun disebabkan kecantikkan dirinya yang dianggap lebih daripada wanita lain, ia menjadi sukar untuknya berkawan dengan sesiapa.

 

Disebabkan kata-katanya itu yang didengari seperti membangga diri, Ariana sedia dikecam ramai dan sudah lali dengan kecaman.

wanita ini tiada kawan kerana dirinya terlalu cantik

Ariana berkata, menjadi cantik dan jelita juga memudahkan banyak perkara dalam kehidupannya, namun ia boleh menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku.

 

"Masih ada sisi negatif yang berlaku dalam hidup ini dan saya akan menceritakan pengalaman itu.

"Saya tidak memiliki ramai kawan wanita dan ada kalanya terpaksa berkerja keras untuk berkawan dengan seseorang," katanya.

 

Masalah itu menurut Ariana sudah berlarutan sejak sekolah hingga ke universiti.

"Saya sering dipinggirkan malah ada yang bercakap tidak baik di belakang saya.

"Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana saya seorang yang baik dan tidak berpura-pura," katanya.

 

Sumber: [1]