Tidur merupakan salah satu keperluan asas manusia.
Sebabnya, tidak semua orang akan dapat berjaga selama 24 jam tanpa berasa mengantuk.
Bagaimanapun, lain pula yang berlaku pada wanita di China ini yang mana dia mendakwa dia tidak pernah tidur selama 40 tahun.
Bukan hanya itu, dia juga mengatakan bahawa dia tidak pernah berasa letih, lagi-lagi mengantuk.
Wanita yang dikenal pasti sebagai Li Zhanying itu kemudian mencuri perhatian ramai warganet.
Sebabnya, pengakuan tersebut turut disokong suami dan beberapa jiran yang mengatakan benda sama terhadapnya.
Memetik laporan Oddity Central, Li mengaku bahawa dia hanya ingat kali terakhir dia dapat tidur adalah ketika dia berusia lima atau enam tahun.
Perkara itu juga membuatkan Li popular di kampung yang didiaminya.
Suami Li, yang mengesahkan hal tersebut turut berkongsi bahawa setelah berkahwin dengan isterinya itu, dia sering melihat pasangannya itu berjaga siang dan malam.
Bimbang Li mengalami insomnia yang teruk, suaminya kemudian berusaha membelikannya pil tidur. Tetapi, tidak berkesan.
Mereka kemudian bertindak mendapatkan khidmat pakar dengan berkunjung sebuah pusat perubatan di Beijing bagi menyelesaikan misteri tersebut yang mana pasukan doktor kemudian melakukan pemeriksaan dengan menggunakan sensor canggih selain memantau Li selama 48 jam.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan doktor kemudian membuatkan orang ramai terkejut.
Sebabnya, pasukan doktor tersebut menyimpulkan yang Li sebenarnya sedang tidur, tetapi tidak seperti kebanyakan orang.
Berdasarkan data yang diperoleh menerusi pemantauan gelombang otak Li, wanita itu memang didapati tidur seperti orang biasa. Sebenarnya, dia tertidur ketika bercakap dengan suaminya.
Pasukan doktor juga menyebut bahawa dia sebenarnya sedang tidur ketika terjaga.
Keadaan tersebut serupa seperti dengan mereka yang berjalan dalam tidur, yang mana beberapa saraf dan organ Li masih aktif ketika dia sedang tidur.
Di samping itu, pasukan doktor juga mengatakan bahawa Li telah ditipu oleh otaknya sendirinya.
Sebabnya ialah, ketika dia beristirahat, sebahagian tubuhnya sudah tidak aktif, tetapi dia tidak perlu menutup matanya untuk melakukannya.
Malahan, ketika bercakap dengan suaminya, Li kadang-kadang mengalami pergerakan bola mata yang perlahan dan cenderung cengkung. Ini juga menunjukkan jika dia sedang tidur ketika itu.
Kerana cara yang tidak biasa, Li juga selalu percaya bahawa dia tidak tidur selama 40 tahun yang mana dia tidak dapat menghabiskan lebih dari 10 minit untuk tidur dengan mata tertutup.
Sumber: [1]