Jual Kentut Dalam Balang Kaca, Wanita Raih Lebih RM200 Ribu Seminggu

Pelik namun itu yang terjadi kepada seorang bekas bintang realiti TV yang mampu menjana pendapatan sampingan dengan menjual kentutnya yang dikumpul dalam balang kaca.

jual kentut dalam balang kaca, wanita raih lebih rm200 ribu seminggu

Stephanie Matto dilaporkan memperoleh hampir AS$50,000 (RM213,016) dalam masa seminggu dengan menjual kentutnya sendiri dalam balang kaca yang diletakkan bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.

 

Dengan menggunakan pengikutnya dilaman sosial sebagai pelanggan, Stephanie telah menjual produknya pada harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang, dan membuat promosi 50 peratus baru-baru ini.

jual kentut dalam balang kaca, wanita raih lebih rm200 ribu seminggu

Beliau yang mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti mencari pasangan, mula kembali meraih perhatian peminat dengan menjual kentut.

 

Menurutnya, bagi menghasilkan angin kentut untuk dibotolkan, beliau memakan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang.

jual kentut dalam balang kaca, wanita raih lebih rm200 ribu seminggu

“Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza,” jelasnya.

 

Setakat ini beliau sudahpun menjual 97 buah balang kentut kepada peminatnya.

 

Sumber: [1]