Tiga tahun yang lalu, wanita bernama Kate Cunningham yang menetap di Merseyside, England, telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebatang pokok.
Ketika itu, ramai yang meragui keputusan Kate dan beranggapan mereka tidak kekal lama.
Namun kini, walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia tiga tahun, Kate dan suaminya yang dikenali sebagai Edler, sebatang pokok, masih teguh dan semakin kukuh, tambah pula menjelang perayaan Krismas tahun ini.
“Orang ramai masih bertanya sama ada perkahwinan ini berjaya mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik. Ya, semestinya!
“Adakah saya masih mencintai pokok itu? Jawapannya adalah Ya, saya mencintainya,” kata Kate.
Wanita itu yang juga seorang bekas guru sering melawat ‘suaminya’ lima kali dalam tempoh seminggu dan menghiasinya dengan perhiasan Krismas.
“Ini adalah sambutan Krismas ketiga untuk kami, jadi saya berada seperti satu tradisi untuk menghiasinya. Saya sungguh tertarik dengan pokok ini terutamanya ketika sinaran matahari pada bulan Disember,” katanya.
Kate juga mengakui berlaku curang dengan pokok itu dan kini mempunyai seorang teman lelaki yang juga seorang manusia.
Menurut Kate, pokok itu tidak pula marah dengan hubungan beliau bersama teman lelakinya.
Sumber: [1]