Iklan Wanita Cari Calon Suami Tak Suka Kentut Dan Sendawa Jadi Tular

Seorang wanita dari India kini sedang mencari seorang bakal suami yang tidak mempunyai tabiat suka kentut dan bersendawa.

 

Menerusi satu keratan iklan dari sebuah akhbar, wanita itu meletakkan kriteria tersebut dan menggambarkan dirinya adalah seorang yang berpendirian teguh, berambut pendek serta mempunyai tindik.

iklan wanita cari calon suami tak suka kentut dan sendawa jadi tular

Iklan itu secara tidak langsung mengubah steotaip jantina dalam perkahwinan di India.

 

Menurut iklan itu lagi, wanita itu berkata dirinya adalah seorang yang berpelajaran, dalam lingkungan usia 30-an dan bekerja di sebuah organisasi sosial.

 

Katanya, selain tidak suka kentut dan sendawa, wanita itu mencari lelaki yang tampan, mempunyai bentuk badan baik, berusia 25 hingga 28 tahun, pandai memasak dan merupakan satu-satunya anak lelaki yang mempunyai perniagaan besar.

 

Foto yang tular daripada seorang pelawan dari Mumbai, Aditi Mittal di Twitter, mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen, termasuklah ada yang mempertikaikan sama ada ia benar atau rekaan semata-mara.

 

Bagaimanapun wanita yang menghantar iklan itu memberitahu, ia adalah sekadar gurauan bersama rakannya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

 

Sumber: Daily Mail