Wanita Ini Jadi Hilang Ingatan Bila Rasa Terlalu Gembira

Siapa sangka wanita berusia 21 tahun ini mempunyai masalah akan hilang ingatan apabila dirinya berasa terlalu gembira setiap hari?

wanita ini jadi hilang ingatan bila rasa terlalu gembira

Kisah Megan Jackson dari Leeds, West Yorkshire ini tak jauh bezanya dengan filem 50 First Dates, yang mana beliau mengalami masalah berkenaan ingatan, iaitu Neurological Functional Disorder (NFD) yang berlaku sejak lima tahun yang lalu.

wanita ini jadi hilang ingatan bila rasa terlalu gembira

Keadaan itu telah mempengaruhi kehidupan Megan termasuklah apabila menonton filem atau drama yang menghiburkan kerana ia akan membuatkan dia menjadi hilang ingatan akibat daripada ketawa terlalu banyak.

wanita ini jadi hilang ingatan bila rasa terlalu gembira

Keadaan itu membuatkan pasangannya, Tara Sorkin terpaksa menulis diari buat Megan serta menunjukkan gambar dan video kepadanya bagi mengambalikan semula ingatannya.

wanita ini jadi hilang ingatan bila rasa terlalu gembira

“Ia sangat menyedihkan. Saya selalu mengalami masalah ini setiap hari.

"Saya hanya perlu ketawa, kemudian saya rasa ketenangan. Ia mempengaruhi setiap bahagian dalam hidup saya.

“Saya juga lupa siapa teman serta ahli keluarga saya. Ia bagaikan satu memori yang hilang”, katanya.

 

Akibat daripada penyakit itu juga, ahli keluarga dan pasangannya tidak akan membelikan hadiah atau membuatkan Megan berasa gembira dan seronok kerana itu akan membuatkan ingatannya menjadi hilang pada keesokkan hari.

wanita ini jadi hilang ingatan bila rasa terlalu gembira

Menurut National Organisation for Rare Disorders, FND adalah masalah yang berkaitan dengan fungsi sistem saraf dan bagaimana otak menerima isyarat.

 

Keadaan ini diklasifikasikan sebagai penyakit yang jarang berlaku, dengan gejala seperti rasa kejang, masalah untuk bercakap, gangguan semasa tidur, dan sakit kepala.

 

Rawatan yang paling biasa untuk FND adalah terapi tingkah laku kognitif, meskipun peratus untuk pesakit kembali pulih hanyalah sekitar 13 peratus.

 

Sumber: DailyMail