Wanita Dilarang Datang Lagi Ke Zoo Lepas Bercinta Dengan Cimpanzi

Seorang wanita Belgia telah dihalang untuk datang lagi ke Zoo Antwerp, selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan seekor cimpanzi selama bertahun-tahun lawatannya ke zoo berkenaan.

wanita dilarang datang lagi ke zoo lepas bercinta dengan cimpanzi

Adie Timmermans telah melawat Chita, seekor cimpanzi jantan berusia 38 tahun, selama sekurang-kurangnya empat tahun, dan didakwa mempunyai satu hubungan yang sangat kuat antara mereka.

wanita dilarang datang lagi ke zoo lepas bercinta dengan cimpanzi

Namun, penjaga haiwan di zoo berkenaan percaya bahawa hubungan ini telah menyebabkan masalah sosial bagi Chita dalam kumpulan cimpanzi sendiri.

 

Masalah timbul apabila Chita sering dipulaukan daripada kumpulannya yang lain dan juga sering bersendirian. Maka, pihak pengurusan zoo telah membuat kenyataan melarang wanita itu daripada dekat dan memasuki zoo untuk memperbaiki masalah sosial cimpanzi itu bersama kumpulannya.

wanita dilarang datang lagi ke zoo lepas bercinta dengan cimpanzi

"Tentu saja kami gembira apabila pengunjung merasa sangat dekat dengan haiwan dalam zoo, tetapi kesejahteraan haiwan menjadi keutamaan kami di sini.

“Di luar waktu lawatan di zoo, cimpanzi itu harus menguruskan 15 jam masa dalam kumpulannya. Kami ingin memberinya peluang untuk merasa selesa dan bahagia. Ketika Chita sentiasa sibuk dengan pengunjung, monyet-monyet yang lain mengabaikannya dan tidak menganggapnya sebagai anggota kumpulan, walaupun itu penting. Cimpanzi itu kemudian duduk sendirian di luar waktu lawatan zoo" kata Sarah Lafaut, kurator di Zoo Antwerp, kepada ATV.

 

Wanita Belgia itu bagaimanapun menganggap larangan hubungan itu sebagai tidak adil, dengan menyatakan bahawa dia mencintai cimpanzi yang bernama Chita sepenuh hati.

Beliau juga mengakui bahawa telah menerima empat amaran tentang hubungan rapatnya dengan Chita, tetapi dia tidak dapat menjauhkan diri dari cimpanzi berkenaan.

 

Sumber: [1]