Wanita Dakwa Dirinya Kuat Makan Lepas Dijangkiti Omicron

Seorang wanita yang juga pesohor media sosial dari Australia mendakwa dirinya sering makan tanpa henti selepas dijangkti COVID-19 varian Omicron.

wanita dakwa dirinya kuat makan lepas dijangkiti omicron

Alexandra Duffin berkata, ini adalah kali kedua dia diuji dengan jangkitan COVID-19 selepas pertama kali dijangkiti pada Oktober tahun lalu.

 

Menurutnya, ketika pertama kali dijangkiti pada Oktober itu yang dipercayai disebabkan varian Delta, beliau hilang selera makan dan mengalami susut berat badan.

 

Namun ketika dijangkiti wabak ini baru-baru ini, yang dipercayai varian Omicron, situasinya berubah apabila beliau tidak boleh berhenti makan.

 

“Selera makan saya bertambah dengan mendadak. Saya seperti mengambil lima hidangan sehari dalam masa lima minit,” katanya.

 

Menerusi perkongsiannya di laman Tiktok, ada pengikutnya yang mempunyai masalah sama selepas dijangkiti varian Omicron.

 

“Saya sangka keadaan ini hanya berlaku pada saya. Selepas dijangkiti varian Omicron, perut saya seperti tidak pernah cukup dengan makanan,” tulis salah seorang pengikutnya.

 

Sumber: [1]