Wanita Rasa Ngeri Tiba-Tiba Jadi Bilionaire, Nekad Pulangkan Kembali Wang

Apa yang anda akan lakukan apabila membuat semakan baki dalam akaun bank, dan tiba-tiba sahaja anda mendapati wang anda menjadi begitu banyak mencecah bilion?

wanita rasa ngeri tiba-tiba jadi bilionaire, nekad pulangkan kembali wang

Itu yang terjadi kepada seorang wanita Florida yang dilaporkan terkejut ketika mahu mengeluarkan wang AS$20 (RM83) dari mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mendapati baki akaunnya mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion).

 

Insiden itu terjadi kepada Julia Yonkowski dari Largo ketika mahu memeriksa baki banknya sebelum membuat pengeluaran wang pada hari Sabtu. Sungguh memeranjatkan apabila resit menunjukkan jumlah baki sebanyak AS$999,985,855.94 dalam akaunnya.

wanita rasa ngeri tiba-tiba jadi bilionaire, nekad pulangkan kembali wang

Wanita itu memberitahu bahawa dia merasa ngeri dan ingin mengembalikan wang itu kepada pihak yang sepatutnya kerana dia tidak dapat menerima wang daripada orang tidak dikenali.

 

"Ya Tuhan, saya merasa ngeri. Saya tahu kebanyakan orang menganggap mereka memenangi loteri tetapi saya berasa ngeri," kata Yonkowski kepada media.

 

Jurucakap Bank Chase, Amy Bonitatibus pula berkata penyata menunjukkan hampir AS$1 bilion pada akaun Yonkowski sebenarnya bukanlah baki akaun wanita itu. Katanya, pihak bank sudah menghubungi wanita berkenaan untuk menjelaskan 'kekeliruan' terbabit.

 

"Cawangan tempatan bank kami dan kumpulan perkhidmatan pelanggan kami sudah bercakap dengan Yonkowski untuk menjelaskan 'perbezaan' itu," katanya kepada New York Post.

 

Sumber: New York Post