Seorang wanita dari Brazil menjadi tular dalam laman sosial gara-gara penampilannya yang menyerupai ikon pop Rihanna.
Dengan lebih 450,000 pengikut di Instagram dan 2.4 juta pengikut di TikTok, wanita bernama Priscilla Beatrice, 29, mencipta namanya yang tersendiri selepas menjadi menempa populariti sebagai penyamar (impersonator) Rihanna, dengan ramai peminat ikon pop tersebut berpusu-pusu untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersamanya.
Persamaan Beatrice dengan Rihanna juga telah mencetuskan penampilannya dalam kaca televisyen di negara asalnya, Brazil selain menarik perhatian tuan empunya badan sendiri iaitu Rihanna yang pernah meninggalkan komen di salah satu klip miliknya.
Wanita kelahiran Brazil itu pertama kali menjadi tular dalam talian kerana persamaannya yang luar biasa dengan Rihanna pada 2020 selepas agensi berita hiburan, The Shade Room berkongsi salah satu klipnya meniru penyanyi itu, yang mana popularitinya mula berkembang sejak dari itu.
Walaupun mudah untuk mengaitkan kejayaan Beatrice semata-mata kerana kebetulan, namun pada hakikatnya, influencer itu melakukan banyak kerja termasuk dari mengkaji solekan, gaya dan ragam Rihanna bagi mencontohi ikon pop itu dengan sempurna.
Kongsinya, untuk dia melakukan solekan menyerupai Rihanna bagi penggambaran sahaja boleh memakan masa lebih dari sejam.
Wanita itu juga berkata dia berkeputusan memulakan kerjayanya sebagai penyamar selepas rakan-rakannya memberitahu bahawa dia kelihatan seperti Rihanna, yang mana dia kemudian mula memberi lebih tumpuan bagi meniru ikon pop itu sehingga namanya meledak di laman sosial.
Hari ini, dia mampu menyara kehidupan hariaannya dengan menjadikan influencer sebagai kerjaya.
Sumber: [1]