Kreatif Ke? Wanita Jadikan Lipas Mati Tempat Berkarya

Seorang pelukis dari Caloocan City dekat Manila mempunyai cara yang unik untuk mempamerkan karyanya iaitu dengan menggunakan lipas mati.

kreatif ke? wanita jadikan lipas mati tempat berkarya

Brenda Delgado, 30, mendapat idea untuk melukis atas badan lipas mati ketika beliau membersihkan ruang kerjanya dan terjumpa beberapa serangga mati.

 

Pada awalnya, beliau menggunakan cat minyak untuk menghasilkan beberapa lukisan terkenal, hinggakan lukisannya mendapat perhatian ramai secara dalam talian.

kreatif ke? wanita jadikan lipas mati tempat berkarya

Menurutnya, meskipun aksinya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial hingga ada yang mendakwanya sebagai kejam terhadap haiwan, beliau tidak takut untuk terus berusaha kerana haiwan itu sudahpun mati terlebih dahulu.

kreatif ke? wanita jadikan lipas mati tempat berkarya

“Kepada semua rakan artis, jangan takut untuk kembangkan bakat anda, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang dianggap bukan kebiasaan,” katanya.

kreatif ke? wanita jadikan lipas mati tempat berkarya

Selain itu, ada yang berpendapat lukisan atas badan lipas seperti itu langsung tidak mengubah persepsi masyarakat mengenai serangga perosak ini.

 

Sumber: [1]