Seorang wanita yang mengahwini dirinya sendiri telah membuat keputusan untuk bercerai dalam tempoh 24 jam.
Sofi Maure, seorang influencer dari Argentina sebelum ini mengumumkan perkahwinan itu di laman sosial dengan memuatnaik foto memakai gaun pengantin.
Wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia telah membeli gaun pengantin dan menghasilkan kek perkahwinan khas untuk menyambut hari bersejarah itu.
Bagaimapun selepas 24 jam berkahwin, Sofi membuat keputusan untuk bercerai dengan dirinya sendiri.
“Terkini: Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku,” katanya di media sosial.
Perkongsian Sofi itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen hingga ada yang beranggapan beliau melakukan itu disebabkan lapar perhatian. Malah mereka turut meminta Sofi untuk berjumpa pakar bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialaminya itu.
Perkahwinan dengan diri sendiri telah menjadi amalan segelintir manusia di beberapa negara dan ia disebut sebagai sologami.
Sumber: NDTV