Wanita 'Bawa' Jungkook BTS Ke Majlis Perkahwinan, Jadi Sebutan Media Korea

Seorang wanita di Indonesia menjadi viral apabila dia membawa Jungkook sebagai ‘plus one’ di sebuah majlis perkahwinan.

wanita 'bawa' jungkook bts ke majlis perkahwinan, jadi sebutan media korea

Menerusi satu video Tik Tok tular, seorang wanita dilihat membawa standee bintang K-Pop itu ke majlis perkahwinan rakannya.

Tindakan wanita tersebut ternyata berjaya membuatkan pengantin perempuan di majlis itu gembira, selain pengantin lelaki yang pecah dengan gelak tawa akibat kelakuannya itu.

Tulisnya, “Bawa Jungkook BTS ke majlis perkahwinan teman.”

Tambahnya lagi, “Dia ketawa sehingga dia menangis, yay dia suka dibawa Jungkook.”

Difahamkan bahawa pengantin perempuan itu merupakan seorang peminat Jungkook BTS. Pengantin perempuan itu turut mengambil gambar bersama rakannya itu.

Lebih menarik perhatian, standee Jungkook itu hampir menyerupai manusia betul, malahan turut mempunyai ketinggian yang hampir sampai dengan pengantin lelaki.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah mencecah lebih 1.4 juta tontonan dengan hampir 260,000 tanda suka.

Bukan itu sahaja, aksi tersebut turut mendapat perhatian media dari Korea!

 

@owloveyou

Abis ini JK nya makin meleyot garagara direbutin tamu undangan😂😂 #bts #jungkook #fyp #army

♬ BTS Film out Versi Dangdut Naraco Ss.mp3 - Naraco Ss

 

 

Sumber: [1]