Wanita Ini Baru Sedar Dirinya Lelaki Lepas 25 Tahun Hidup

Seorang wanita berusia 25 tahun dari Timur China tidak pernah tahu dirinya adalah seorang lelaki selepas sekian lama menjalani kehidupan sebagai wanita.

wanita ini baru sedar dirinya lelaki lepas 25 tahun hidup
 
Dikenali sebagai Pingping, beliau tidak pernah terdetik sekalipun yang dirinya adalah lelaki sehinggalah dia mengunjungi sebuah hospital untuk rawatan buku lali

Semasa kunjungan itu, doktor yang membuat X-ray pada buku lali yang terseliuh mendapati tulangnya gagal berkembang sejak remaja, membuatkan doktor menjalani pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati Pingping mempunyai kromosom Y, sekaligus mendedahkan dirinya adalah seorang lelaki dari segi biologinya.

wanita ini baru sedar dirinya lelaki lepas 25 tahun hidup

Pingping yang terkejut dengan penemuan itu mengakui tidak pernah sekalipun datang bulan seperti wanita lain meskipun usianya mencecah 25 tahun.


Ketika usianya remaja, Pingping pernah dibawa ke hospital oleh ibunya untuk pemeriksaan, namun ketika itu doktor memberitahu sistem reproduksinya lambat berkembang jika dibandingkan dengan remaja lain.


Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati Pingping tidak mempunyai uterus atau ovari, malah gagal juga mengesan sistem seksual lelaki padanya.


Doktor mengesahkan beliau menghidap gejala congenital adrenal hyperplasia iaitu penyakit yang berkaitan dengan gangguan perkembangan seksual. Ia boleh terjadi disebabkan perkahwinan ibu bapanya yang berlaku sesama saudara mara terdekat. Ia berlaku dalam nisbah 1 kepada 1,500 atau 2,000 kelahiran di dunia, dan dapat dikesan dari awal usia.


Pingping yang juga sudah berkahwin pada tahun lalu gagal memperoleh cahaya mata, dan doktor menasihatkannya untuk merujuk pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.


Sumber: Global Times