Seorang remaja bengkak pada wajah dan disahkan mengalami buta selepas memicit jerawat pada hidungnya.
Mary Ann Regacho, 17, dari Filipina mengalami penyakit misteri itu kesan daripada tindakannya yang memicit bintik dan jerawat pada wajah.
Beliau juga mengadu mengalami masalah jerawat disebabkan hormon tidak stabil, selepas melahirkan anak ketika usianya 16 tahun.
Sedar akan bintik jerawat yang naik pada wajah, Mary memicit beberapa bahagian pada hidungnya, sebelum mengalami kesakitan selang beberapa hari.
Rasa sakit itu semakin merebak teruk hingga menyebabkan sebahagian daripada wajahnya membengkak. Akibatnya, beliau kini buta kedua-dua belah mata.
''Saya fikir ia hanya jerawat biasa, tetapi sangat menyakitkan sehingga saya tidak dapat tidur malam. Saya mencuba segalanya untuk kembali sembuh, tetapi tidak berjaya.
“Sekarang saya rasa wajah saya tidak sama lagi seperti dahulu”, ujar Mary.
Mary juga tidak mampu untuk menjalani pembedahan dan kos rawatan lain kerana suaminya, Albert Sales, bekerja sambilan di ladang jiran tanpa pendapatan tetap.
Sumber: Daily Star