Lepas 63 Tahun Pinjam, Wanita Ini Baru Terdetik Nak Pulang Buku Perpustakaan

Seorang wanita dari Amerika Syarikat baru sahaja memulangkan buku yang dipinjamnya 63 tahun yang lalu dari sebuah perpustakaan awam.

lepas 63 tahun pinjam, wanita ini baru terdetik nak pulang buku perpustakaan

Segalanya bermula apabila Betty Diamond tergerak hati mahu memulangkan buku cerita dongeng berjudul Ol’Paul, The Mighty Logger, karya Glen Rounds, yang dipinjam olehnya ketika berusia 10 tahun.

lepas 63 tahun pinjam, wanita ini baru terdetik nak pulang buku perpustakaan

Buku tersebut sepatutnya dipulangkan pada tahun 1957, namun Betty terlewat daripada tarikh pemulangan hingga lama-kelamaan buku itu ‘dibuat harta’.

 

"Buku itu pernah hilang dan apabila menemuinya semula, saya menyimpannya di rumah.

"Apabila lanjut usia saya memutuskan menebus kesalahan saya dengan memulangkan kembali buku itu," katanya dalam portal iNews.

 

Menurut Ketua Perpustakaan Awam Queens, Nick Buron berkata tindakan Betty itu amat jarang berlaku.

 

Katanya lagi, jika buku yang tidak dipulangkan dalam selama lebih tujuh tahun, maklumat berkenaan buku itu akan dibuang dari sistem.

 

Meskipun Betty tidak dikenakan denda lewat pulang buku, beliau masih menyumbangkan AS$500 (RM2,054) bagi menebus kesilapannya itu.

 

Sumber: iNews