Viral Video Kereta Ditelan Bumi

Ia merupakan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh seseorang pemilik kereta apabila kereta yang diparkir mereka tidak semena-mena ditelan bumi.

viral video kereta ditelan bumi

Namun itulah yang terjadi di Mumbai, India yang mana satu kejadian malang menimpa seorang pemilik kereta di bandar tersebut.

Keretanya yang diparkir tiba-tiba ‘ditelan bumi’.

Memetik laporan India Today, kawasan parkir terbabit dahulunya adalah sumur sedalam 50 kaki yang mana usianya kini hampir mencecah 100 tahun.

Kerana ingin digunakan sebagai tempat parkir, sumur tersebut akhirnya ditutup dengan menggunakan konkrit bertetulang.

Malangnya ketika kejadian tersebut berlaku, konkrit bertetulang itu hanyut akibat lebat yang melanda bandar Mumbai. Akibatnya, sumur tersebut terbuka semula menyebabkan kereta tersebut tenggelam.

Setelah menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pegawai Perbadanan Perbandaran Brinhanmumbai (BMC) bekerjasama dengan pihak bomba, polis dan penduduk setempat untuk menarik kereta tersebut keluar.

Dengan bantuan kren, kereta tersebut hanya berjaya diangkat setelah 12 jam ia tenggelam.

“Tiada yang terbunuh atau cedera dalam kejadian itu kerana tidak ada orang di dalam kereta. Sehubungan itu, kerja pengekstrakan air diselaraskan oleh pejabat jabatan Perbadanan Perbandaran yang berkaitan,” terang pegawai terlibat.

Sementara itu, video yang tular itu sebenarnya dirakamkan pemilik kereta itu sendiri iaitu Pankaj Mehta.

Pada masa kejadian, dia bergegas keluar dari kereta dan merakamkannya.

Menurutnya, semua berlaku dengan begitu pantas hingga dia tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.

 

 

 

Sumber: [1]