Viral Gadis Mirip Penyanyi Legenda Indonesia Nike Ardilla, Yang Telah Meninggal Dunia

Suatu ketika dahulu, nama Nike Ardilla amat dikenali ramai, lagi-lagi dengan lagu popular nyanyiannya yang berjudul “Bintang Kehidupan”.

viral gadis mirip penyanyi legenda indonesia nike ardilla, yang telah meninggal dunia

Bagaimanapun, ketika Nike berada di puncak kerjayanya sekitar tahun 1995, dia menemui maut dalam satu nahas jalan raya.

Di saat itu, Allahyarham Nike Ardilla hanya berusia 19 tahun.

Biarpun begitu, populariti yang diraih Allahyarham meninggal dunia membuatkan dirinya terus diingati teutamanya dalam kalangan peminat muzik di Indonesia, sehinggakan baru-baru ini, namanya kembali menjadi sebutan ramai kerana muncul seorang gadis yang begitu mirip dirinya.

Gadis itu dikenal pasti sebagai Amel dan berusia 18 tahun.

Menerusi sejumlah entri yang dimuat naik di akaun Tik Tok @/kipotart, Amel menjadi model untuk seorang jurugambar yang dikenali Taufik Akbar.

Dalam video pendek itu, Amel yang santai dengan solekan semula jadinya itu dilihat memakai kemeja-T hitam, dilitupi dengan jaket kulit yang sepadan berserta sepasang seluar jeans.

Yang membuatkan dirinya itu lagi mirip dengan arwah Nike ialah potongan rambutnya yang pendek serta senyuman manis yang persis penyanyi legenda itu.

Pada entri terbabit, kapsyen Taufik, “Semoga Amel dapat menjadi penawar kepada peminat Allahyarham Nike Ardilla.”

Selain rambut hitam tebal panjang bahu yang sememangnya gaya yang cukup sinonim dengan Allahyarham Nike Ardilla, Amel juga memiliki senyuman manis pada wajahnya seperti penyanyi remaja itu.

Tambahan lagi, dengan sesi bergambar bertemakan ‘kembali ke tahun 90-an’, ia menjadikannya lebih mirip Nike Ardilla.

Setakat ini, entri tersebut telah ditonton lebih 917 ribu kali dengan lebih 2,500 komen daripada warganet yang rata-ratanya terpegun dengan kemiripan itu, sehingga ada yang menyifatkan sekiranya ini adalah kelahiran semula.

Sejak dari itu, ramai yang menggelar Amel sebagai jelmaan semula Nike Ardilla. Memadai sahajalah kerana kemiripan yang begitu jelas dapat dilihat ramai.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN