Universiti Di England Sanggup Bayar Pelajar RM58k Seorang Agar Tangguh Pengajian

Sebuah institusi pengajian tinggi, University of Exeter, England, menawarkan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dengan wang tunai sejumlah £10,000 (RM58,107) jika mereka menangguhkan kursus tersebut.

universiti di england sanggup bayar pelajar rm58k seorang demi minta tangguh pengajian

Memetik laporan BBC, para pelajar bukan sahaja ditawarkan dengan wang tunai, malahan mereka juga akan disediakan dengan penginapan percuma andai mereka bersetuju untuk berbuat sedemikian.

Langkah tersebut terpaksa diambil berikutan bilangan pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti terbabit meningkat hingga 20% pada tahun ini.

Berikutan itu, para pegawai berharap agar terdapat segelintir pelajar yang bersetuju untuk menangguhkan pengajian selama setahun bagi tujuan memberi ruang kemasukan jumlah pelajar yang dibenarkan untuk mengikuti kursus perubatan tersebut.

Menurut Timbalan Naib Canselor universiti itu, iaitu Profesor Mark Goodwin, jumlah pelajar yang memasuki universiti tersebut ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan pihak pengurusan mereka dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti terhadap para pelajar.

 

Sumber: [1]