Lelaki Umur 63 Tahun Sudah Berkahwin 53 Kali

Seorang lelaki Arab Saudi berusia 63 tahun mengakui sudahpun berkahwin sebanyak 53 kali sepanjang umurnya.

lelaki umur 63 tahun sudah berkahwin 53 kali

Lelaki yang dikenali sebagai Abu Abdullah berkata, tujuan perkahwinannya adalah untuk mencari kestabilan dan ketenangan fikiran, bukannya kerana kepuasan peribadi.

 

Menerusi satu temubual bersama sebuah syarikat televisyen tempatan, lelaki itu berkata kini beliau hanya mempunyai seorang isteri dan tidak berhasrat untuk berkahwin lagi.

 

"Apabila saya berkahwin kali pertama, saya tidak merancang untuk berkahwin dengan lebih seorang wanita kerana saya berasa selesa dan mempunyai anak-anak," katanya.

 

Bagaimanapun beliau berkahwin lagi pada usia 23 tahun dan memaklumkan ia kepada isteri pertama.

 

Tidak lama kemudian, timbul masalah antara isteri pertama dan kedua, menyebabkan dia berkahwin untuk kali ketiga dan keempat.

 

Dia kemudian menceraikan isteri pertama, kedua dan ketiga atas sebab tertentu.

 

Sejak dari itu, beliau sudah berkahwin sebanyak 53 kali dengan kebanyakannya adalah wanita Arab Saudi, bertujuan mencari isteri yang betul-betul boleh membahagiakannya.

 

Abu Abdullah berkata, tempoh perkahwinannya yang paling sekejap adalah untuk satu malam sahaja.

 

Beliau juga pernah berkahwin dengan wanita asing ketika lawatan perniagaan ke luar negara. Katanya, perkahwinan itu adalah untuk mengelakkan maksiat sepanjang tiga dan empat bulan berada disitu.

 

Sumber: HMetro