Ular Tersekat Dalam Lubang Telinga Wanita Ini Undang Tanda Tanya

Seekor ular didapati tersekat dalam lubang telinaga seorang wanita telah mengundang tanda tanya ramai pihak.

ular tersekat dalam lubang telinga wanita ini undang tanda tanya

Menerusi video yang tular, ular berwarna kuning-hitam itu cuba dikeluarkan seorang pengamal perubatan dari dalam lubang telinga seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

 

Dengan menggunakan klip serta sarung tangan, ular tersebut dilihat sukar untuk dikeluarkan meskipun pelbagai teknik telah dicuba.

ular tersekat dalam lubang telinga wanita ini undang tanda tanya

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook, Chandan Singh telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

 

Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan mahupun tidak.

ular tersekat dalam lubang telinga wanita ini undang tanda tanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan mereka tersendiri, dan ada yang beranggapan ia adalah suntingan video sahaja.

 

Sumber: NDTV / Facebook