Mimpi Ngeri Bila Lihat Ular Mati Tercekik Lepas Telan Lipan

Pelawat di sebuah taman mungkin mengalami mimpi ngeri dalam hidup mereka apabila menemui bangkai seekor ular yang mati dalam keadaan mengerikan dengan seekor lipan gergasi tersangkut pada kerongkongnya.

mimpi ngeri bila lihat ular mati tercekik lepas telan lipan

Ular bermahkota batu rim, yang merupakan ular paling jarang ditemui di Amerika Utara, ditemui mati dipercayai akibat tercekik ketika sedang memakan lipan gergasi.

 

Seorang pengunjung Taman Negeri, John Pennekamp Coral Reef menemui ular itu selepas ia mati tercekik ketika sedang memakan lipan gergasi yang masih bersarang di bahagian kerongkongnya. Lipan yang ditelan bahagian kepala dahulu itu juga didapati mati.

 

Meskipun teori ular tersebut mati akibat tercekik, penyelidik tampil dengan beberapa punca lain seperti kematian akibat bisa lipan yang menyebabkan ular itu keracunan. Kajian mengenai kematian ular ini juga telah diterbitkan dalam jurnal The Scientific Naturalist pada 4 September.

mimpi ngeri bila lihat ular mati tercekik lepas telan lipan

Berukuran antara enam hingga 11 inci, ular yang tidak berbisa itu telah berada dalam senarai spesies terancam sejak 1975.

 

"Ular bermahkota batu rim tidak mudah ditemui di Key Largo atau di tempat lain," demikian kata pengarang utama kajian Kevin Enge, seorang saintis penyelidik bersekutu dengan Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

"Ular-ular kecil yang bersembunyi ini menghabiskan sebahagian besar masa mereka bersembunyi di bawah dedaun atau dalam lubang tanah, dan biasanya hanya dilihat selepas hujan lebat yang memaksa mereka untuk ke permukaan."

 

Ular yang mati itu telah dibawa ke Muzium Sejarah Semulajadi Florida (FLMNH) di Gainesville, dan disimpan dalam koleksi herpetologi muzium.

 

"Sebagai ahli biologi ular di Florida, penemuan ini sangat menarik, " kata pengarang bersama kajian Coleman Sheehy, seorang penyelidik dan pengurus koleksi di FLMNH.

 

Satu lagi kemungkinan kepada punca kematian ular ini adalah sengatan berbisa dari kaki hadapan lipan semasa berada dalam mulut ular tersebut.

 

Tetapi ada juga kemungkinan ular itu cedera sebelum menelan lipan dan saintis menyatakan racun itu bukanlah punca kematian ular, yang mana ia menunjukkan spesies ular itu mempunyai ketahanan terhadap toksin lipan. Teori ini bagaimanapun belum disahkan.

 

Sumber: Daily Star