Macam Dalam Filem, Penumpang Panik Ada Ular Dalam Pesawat!

Bagaikan dalam filem Snake in the Plane yang pernah ditayangkan pada tahun 2006, penumpang sebuah pesawat ini panik apabila ada ular sedang melingkar pada bahagian dalam kabin yang dinaiki mereka baru-baru ini.

 

Ular itu ditemui dalam pesawat United Airlines selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark dekat New Jersey, Amerika Syarikat.

macam dalam filem, penumpang panik ada ular dalam pesawat!

Ketika kejadian, pesawat dari Tampa, Florida sedang dalam penerbangan ke New Jersey sebelum seorang penumpang menjerit secara tiba-tiba dalam kabin kelas perniagaan.

 

Penumpang itu terlihat seekor ular sedang menyusur disekitar kabin, menyebabkan penumpang lain turut ketakutan dan mengangkat kaki mereka.

macam dalam filem, penumpang panik ada ular dalam pesawat!

Keadaan dalam kabin menjadi panik sebelum ular itu berjaya dikeluarkan sebaik sahaja ia mendarat.

 

Tidak dapat dipastikan bagaimana ular itu boleh memasuki pesawat berkenaan, namun pihak berkuasa yang bertugas tidak menemui sebarang haiwan lain pada bagasi penumpang pesawat itu.

 

Gangguan itu juga telah menyebabkan kelewatan penerbangan selama 20 minit.

 

Sumber: Washington Post