Baru-baru ini penyanyi, Billie Eilish telah mengadakan konsert jelajah dunia dan Malaysia merupakan salah satu destinasi pilihannya.
Meskipun penganjuran konsert itu mendapat pelbagai kritikan seperti jarak pentas yang jauh dengan tempat duduk penonton, nyata persembahan daripada penyanyi itu boleh membuatkan ramai peminatnya terpesona.
Terbaharu, seorang individu dilaporkan membuat hantaran menjual udara yang katanya diambil dari konsert Billie di Singapura dengan harga $15,000 (kira-kira RM48,000) menerusi laman jualan atas talian.
Udara itu diletakkan dalam bekas plastik lutsinar dan disimpan rapi dalam bekas berpenutup untuk mengekalkan kesegarannya.
Tidak dapat dipastikan kesahihan udara yang dijual itu namun ia jelas menunjukkan bahawa peminat sanggup berbuat apa sahaja demi menyatakan sokongan mereka terhadap artis kesayangan masing-masing.
Sumber : Mothership