Twitter Mengaku Pernah Terbagi 'Blue Tick' Pada Akaun-Akaun Palsu

Twitter mengakui bahawa ia telah menggantung sebilangan kecil akaun palsu yang diberikan ‘blue tick’ berikutan kekeliruan yang terjadi beberapa minggu setelah ia melancarkan semua program pengesahan awamnya.

twitter mengaku pernah terbagi 'blue tick' pada akaun-akaun palsu

Perkara tersebut didedahkan seorang saintis data yang dikenali sebagai Conspirador Norteño menerusi satu bebenang yang ditulisnya di Twitter.

Menurut saintis data itu, dia menemui enam akaun yang dikatakan baru sahaja dibuat sekitar 16 Jun lalu, yang mana kesemua akaun tersebut tidak mempunyai walau satu pun tweet dan dua daripada menggunakan gambar stok sebagai gambar profil.

Tambahnya lagi, keenam-enam akaun tersebut mempunyai 976 pengikut yang sama yang mana kesemuanya dicipta antara 19 Jun hingga 20 Jun dan sebilangan besar daripada menggunakan gambar profil buatan AI.

Kongsinya, secara keseluruhan, kesemua akaun tersebut dikatakan adalah sebahagian daripada botnet yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 1,212 akaun.

“Kami keliru mengenai persetujuan permohonan berkenaan pengesahan terhadap sebilangan kecil akaun palsu,” kata Twitter kepada Daily Dot menerusi satu kenyataan.

“Kami kini telah menggantung akaun yang melakukan permasalahan tersebut secara kekal, dan membuang verifikasi yang disahkan, bawah polisi manipulasi dan spam di platform kami,” tambah Twitter.

Terdahulu, Twitter melancarkan semula permohonan untuk memperoleh ‘blue tick’ di platformnya. Menurut kelayakan yang diperlukan, sesuatu akaun itu haruslah ‘sahih, terkenal, dan aktif’ untuk memperoleh lencana ‘blue tick’ tersebut.

Bagaimanapun, kesemua akaun yang dikenal pasti itu jelas sekali tidak menepati syarat-syarat yang diletakkan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN