Motosikal merupakan kenderaan berenjin yang mampu memuatkan maksimum dua orang dalam satu-satu masa.
Selain untuk keselesaan, faktor keselamatan juga menjadi sebab kenapa motosikal dihadkan hanya kepada dua orang dan tidak lebih daripada itu.
Namun di negara yang tidak disebut, satu motosikal dilihat mampu memuatkan sehingga tujuh orang dalam satu-satu masa, sehingga mendatangkan pelbagai reaksi orang ramai.
Video yang dimuatnaik pengguna Twitter, Supriya Sahu pada mulanya menunjukkan seorang lelaki pada motosikalnya bersama anak kecil pada tempat duduk hadapan dan tiga kanak-kanak serta dua wanita sedang menunggu untuk membonceng motosikal tersebut.
Seorang demi seorang naik keatas motosikal yang dipandu lelaki tersebut dan kesemua mereka juga tidak memakai topi keledar.
“Tidak terkata,” tulis pada kapsyen video berkenaan.
Video itu mencuri perhatian ramai dengan mencecah lebih 4 juta tontonan dan lebih 5 ribu komen.
Ramai yang mempertikaikan tahap keselamatan pengguna itu, dan ada juga yang mendakwa ini terjadi disebabkan kekurangan kemudahan pengangkutan awam disana.
Sumber: Twitter