Kini Trend Wanita Lekat Soletip Pada Dahi Elak Kedutan

Terdapat pelbagai jenis trend yang menjadi ikutan ramai khasnya di aplikasi media sosial dan terbaharu adalah trend meletak pita pelekat pada dahi.

kini trend wanita lekat soletip pada dahi elak kedutan

Memetik laporan, trend yang menjadi tips kecantikan baharu itu mulai tular dalam aplikasi TikTok dimana majoritinya adalah wanita yang meletakkan pita pelekat pada dahi mereka semalaman bagi tujuan mencegah kedutan.

.

Antara yang mencuba trend itu adalah model dari Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’.

kini trend wanita lekat soletip pada dahi elak kedutan

Menurutnya, beliau mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut apabila melihat hasilnya.

kini trend wanita lekat soletip pada dahi elak kedutan

Dalam klip video yang dikongsikan beliau, wanita itu meletakkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Selang tujuh hari, beliau mendakwa hasilnya adalah sama seperti mengambil suntikan botos.

.

“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka  ia akan berhasil,” katanya.

 

@theaussierapunzel I didn’t think it would work 🤯 trying the face taping trend! #beauty #skincare #fyp ♬ Hits 2021 (Mashup) - Trinix

 

Bagaimanapun pakar-pakar berkata keadaan tersebut tidak kekal lama sebaliknya ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening supaya kedutan tidak kelihatan.

.

“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.

“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata pakar bedah plastik, Anthony Youn.

 

Sumber: [1]