Para Pelajar Wajib Pakai Topi Elak Meniru Peperiksaan

Para pelajar yang menduduki sebuah peperiksaan di Filipina baru-baru ini telah diwajibkan untuk memakai sebarang jenis topi untuk mengelakkan sebarang penipuan.

para pelajar wajib pakai topi elak meniru peperiksaan

Kejadian berlaku di sebuah kolej di Bandar Legazpi di mana para pelajarnya diwajibkan untuk memakai sebarang jenis penutup kepala bagi mengelakkan mereka mengintip kertas peperiksaan rakan lain.

 

Antara topi yang dipakai mereka termasuklah kadbod, kotak telur, topi keledar, topeng Halloween dan pelbagai jenis bahan kitar semula lain.

para pelajar wajib pakai topi elak meniru peperiksaan

Menurut seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol, Mary Joy Mandane-Ortiz berkata idea itu sangat berkesan dalam mengelakkan penipuan ketika peperiksaan.

para pelajar wajib pakai topi elak meniru peperiksaan

Pada awalnya, profesor itu meminta pelajar untuk membuat topi dengan pelbagai bentuk mudah daripada kertas. Dari situ idea sama digunakan untuk ratusan pelajar lain pada peperiksaan yang diadakan baru-baru ini.

para pelajar wajib pakai topi elak meniru peperiksaan

Ujarnya, ilham untuk mewajibkan pemakaian topi seperti ini diambil daripada teknik yang digunakan di Thailand beberapa tahun sebelumnya.

 

Sumber: Sinar Harian