Tinggalkan Tren Bergerak Tanpa Kawalan Selama Seminit, Pemandu Dikenakan Tindakan

Seorang pemandu kereta api laju Shinkansen d Jepun dihadapkan dengan tindakan tatatertib setelah dia meninggalkan bahagian pemandu untuk ke tandas ketika kereta api tersebut membawa penumpang dan dalam perjalanan 150km/j.

tinggalkan tren bergerak tanpa kawalan selama seminit, pemandu dikenakan tindakan

Pemandu berusia 36 tahun yang dirahsiakan identitinya itu dilaporkan mengalami sakit perut dan meminta konduktor untuk mengambil tempatnya ketika dia beralih ke tandas.

Konduktor tersebut yang difahamkan tidak berkelayakan untuk memandu kereta api siri Hikari, duduk di tempat pemandu sepanjang ketiadaannya selama tiga minit, namun tidak menyentuh kawalan.

Kejadian itu berlaku pada hujung minggu lalu ketika kereti api yang membawa 160 penumpang dengan kelajuan tinggi di sepanjang laluan Tokaido yang sibuk, yang menghubungkan Tokyo dan Osaka.

Terdapat kebarangkalian bahawa pemandu tersebut cuba menghabiskan ‘urusannya’ di tandas secepat mungkin namun semuanya ‘kantoi’ apabila kereta api tersebut terlambat satu minit di hentian stesen, hingga mendorong pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, tambahan lagi di negara yang terkenal dengan konsep ketepatan masanya itu.

Rangkaian kereta api Shinkansen yang dilihat cekap di Jepun itu menghubungkan bandar-bandar di sepanjang negara tersebut, dengan kelajuannya yang mampu mencecah hingga 320km/j.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini itu dianggap sebagai kejadian pertama yang mana pemandu kereta api Shinkansen meninggalkan teksi ketika kereta api tersebut masih bergerak dan membawa penumpang.

Kes serupa berlaku pada 2001 yang mana ia melibatkan seorang pemandu yang menggunakan kereta api di luar perkhidmatan.

Difahamkan bahawa mana-mana pemandu kereta api Shinkansen yang berasa tidak sihat diminta untuk melaporkan pada pusat operasi dan menyerahkan kawalan kepada konduktor yang berkelayakan, atau berhenti di stesen terdekat.

Akui pemandu kereta api terbabit kepada pihak pengurusannya, JR Central, dia tidak mahu kehilangan masa dengan menghentikan kereta api di perhentian seterusnya yang tersedia.

“Saya tidak melaporkannya kerana ia memalukan,” katanya.

 

Sumber: [1]