Tikus Gergasi Ambil Alih Sekolah Selepas Lama Sangat Tutup

Sebuah sekolah di California, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menangguhkan sesi pertama persekolahan meeka selepas guru-guru disitu melaporkan kehadiran tikus bersaiz gergasi dalam sekolah mereka.

tikus gergasi ambil alih sekolah selepas lama sangat tutup

Selain itu, masalah seperti najis dan kerosakan teruk di kelas-kelas turut dilaporkan berlaku di Schurr High School, dekat Montebello.

tikus gergasi ambil alih sekolah selepas lama sangat tutup

Masalah itu timbul selepas sekian lama sekolah itu ditutup ekoran daripada penularan wabak COVID-19 yang mana turut menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran, serta menggugat kesihatan murid dan tenaga pengajar.

 

Beberapa guru turut dikatakan cuba mengawal kekacauan yang dicetuskan tikus-tikus berkenaan namun tidak dapat berbuat demikian, lalu memaksa sekolah itu ditutup semula bagi proses pembersihan.

tikus gergasi ambil alih sekolah selepas lama sangat tutup

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan sementara, Dr. Mark Skvarna berkata, sekolah itu dijangka akan dibuka dalam tempoh sekurangnya 15 hari lagi.

 

"Ini adalah sebuah tragedi dan malapetaka bagi pelajar kami yang kehilangan hari belajar yang sangat berharga," kata Presiden Guru Montebello, David Navar.

 

Sumber: People

 

ARTIKEL BERKAITAN