Siapa sangka kehidupan di tengah bandaraya membuatkan spesis tikus menjadi lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, berbanding dengan tikus yang tinggal di luar bandar.
Menurut kajian, pakar percaya kemahiran tikus di bandar dalam menyelesaikan masalah adalah lebih tinggi kerana ia hidup bersama manusia yang memaksa mereka supaya menjadi bijak dalam membiasakan diri dengan persekitaran.
Kajian berkenaan yang diterbitkan dalam
jurnal Animal Behaviour menunjukkan tikus dari Berlin berjaya menyelesaikan masalah sebanyak 77 peratus, berbanding tikus dari luar bandar yang hanya mampu menyelesaikan masalah sekitar 52 peratus.
Sebanyak 31 ekor tikus ditangkap dari kawasan luar dengan 14 tikus dari Berlin dan 17 lagi tikus dari luar bandar. Kesemua tikus itu diletakkan dalam sangkar khas yang dibina dengan cabaran yang memerlukan mereka mencari jalan bagi mendapatkan makanan, serta membuka penutup logam kotak plastik.
Kemampuan untuk menyelesaikan masalah pada tikus bandar ini menarik perhatian pengkaji untuk melihat kemampuan haiwan-haiwan lain juga.
Sumber:
Daily Mail