Tiga Beradik Tular Kerana Diberi Nama Lahir 'Dot Com'

Sering kali kita terlihat nama-nama aneh yang menjadi bahan bualan dalam kalangan komuniti warganet.

tiga beradik tular kerana diberi nama lahir 'dot com'

Namun, kali ini ia sedikit berbeza kerana terdapat tiga beradik yang dinamakan ‘Dot Com’ bersempena kisah cinta ibu bapa mereka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, seorang pengguna berduet video dengan pengguna lain yang menunjukkan nama keluarganya yang unik, iaitu 3M.

Dia kemudian menunjukkan pula senarai nama tiga beradik iaitu Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustagfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Ada sumber yang mengatakan berkemungkinan nama tersebut adalah usaha untuk memperingati perjalanan cinta ibu bapa pemilik akaun terbabit yang kononnya berjumpa menerusi internet atau laman dalam talian.

Apa-apa pun, yang pasti, video tersebut berjaya meraih perhatian ramai apabila ia ditonton sebanyak 5 juta kali sejak dimuat naik.

Rata-ratanya, ramai yang terhibur dengan ada yang menyatakan kekeliruan mereka tentang mengapa boleh wujudnya nama yang diinspirasikan daripada laman dalam talian.

Apa pula pendapat korang?

 

@nazhmiramadhan

#stitch dengan @sadboyy 💔

♬ suara asli - dotaidi

 

 

Sumber: [1]