Tiga Beradik Punyai Nama Sama Dengan Kereta Sport - Lamborghini, Celica, Ferrari

Seorang wanita di Bandung, Indonesia telah menjadi perhatian ramai selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka dunia.

tiga beradik punyai nama sama dengan kereta sport - lamborghini, celica, ferrari

Wanita itu yang bernama Lamborghini Astried, memperkenalkan kakaknya, Celica Riska dan abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

.

Beliau yang dikenali dengan nama panggilan Jini berkata, semasa kecil beliau sering menjadi ejekan rakan-rakan namun tidak mempedulikan semua itu.

.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

.

Katanya lagi, bapa mereka mempunyai minat dalam bidang automatif, lantas menjadi sebab kenapa mereka tiga beradik diberikan nama sedemikian rupa.

 

@jineylaa nama adalah doa dari orangtua ya kann😂🤍 #brothersister ♬ slipping through my fingers - Jen

 

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya.

.

Sumber: [1]