Tidur Lebih Lama Dari Biasa Boleh Kurangkan Berat Badan?

Masalah berat badan berlebihan sering menjadi mimpi ngeri kepada kebanyakkan orang, tanpa mengira lelaki mahupun wanita. Pelbagai cara boleh dibuat untuk menurunkan berat badan, dan salah satunya adalah dengan tidur.

tidur lebih lama dari biasa boleh kurangkan berat badan?

Menurut kajian yang dibuat dari sekumpulan penyelidik di Universiti Perubatan Chicago, memanjangkan waktu tidur sejam daripada kebiasaan didapati dapat menurunkan berat badan seseorang.

 

Kajian tersebut mendedahkan jika seseorang tidur lebih sejam dari tempoh kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.

 

Seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti telah menjadi responden dalam kajian ini. Biasanya mereka akan tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam satu malam.

 

Tanpa mengubah tabiat pemakanan, mereka diarahkan untuk tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti dan meningkatkan tempoh waktu tidur kepada 8 jam 30 minit.

 

Hasil kajian mendapati, dengan memanjangkan tempoh tidur, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.

 

“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik.

 

Bagaimanapun kajian ini memerlukan sokongan tambahan dan bilangan sampel yang lebih besar untuk menyokong hasil dapatan.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN