Akibat Tidur Hadap Kipas Kuat, Wajah Gadis Ini Senget Sebelah

Rata-rata penduduk di negara ini pasti akan tidur dengan membuka dan menghadap kipas mahupun aircond dek kerana faktor cuaca yang agak panas pada waktu malam.

akibat tidur hadap kipas kuat, wajah gadis ini senget sebelah

Namun awas, tabiat tidur dengan menghadap kipas misalnya dapat mengundang risiko bahaya kepada kita.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai @juliyuliaa telah berkongsi keadaan yang dialaminya bila dia tidak dapat menggerakkan sebahagian wajah secara tiba-tiba.

akibat tidur hadap kipas kuat, wajah gadis ini senget sebelah

Ujarnya, semasa tidur dia menghala kipas yang kuat pada wajah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami masalah yang disebut sebagai Bell’s Palsy.

 

@juliyuliaa

dari nangis2 sampe bisa ngetawain muka sendiri 🥹🫠

♬ original sound - sped up afrobeats

 

Apa itu Bell’s Palsy?

 

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

akibat tidur hadap kipas kuat, wajah gadis ini senget sebelah

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

 

Sumber: Remaja / KKM