Seorang peguam dari Bandar Sorsogon, Filipina tular di media sosial kerana menerima ketam sebagai pembayaran untuk mempertahankan anak guamnya di mahkamah pada 16 Jun lalu.
Kongsi peguam yang dikenali sebagai Noel Allen Bose itu menerusi entrinya di Facebook, beliau mengingati kembali saat yang mana salah seorang kliennya tidak mampu untuk membayar yurannya dengan wang.
Bagaimanapun, klien tersebut menawarkan dirinya dengan bayaran gantian yang berupa hasil tangkapan laut iaitu ketam.
Bose itu kemudian bersetuju untuk menerima bayaran tersebut.
Setibanya Bose di luar mahkamah pada satu hari, dia terkejut melihat sebilangan ketam segar yang dihantar kliennya itu.
Dalam pada itu, Bose sempat berjenaka menerusi balasan komennya kepada pengguna Facebook lain dengan berkata, dia kini ‘prihatin’ terhadap bil perubatannya kerana khuatir sekiranya tahap kolestrolnya semakin meninggi berikutan makanan laut itu.
Sumber: [1]