Tiada Dapur & Tandas, Rumah 'Usang' Ini Dijual Pada Harga RM19 Juta

Tiada dapur mahupun tandas, namun sebuah rumah yang terletak di Kensington, United Kingdom ini tetap sahaja terjual pada harga $4,705,000 iaitu lebih kurang RM27,307,241.

tiada dapur & tandas, rumah 'usang' ini dijual pada harga rm19 juta

Menurut pihak yang bertanggungjawab menguruskan lelongan rumah tersebut, rumah itu malahan mempunyai pembida dari serata dunia yang mana antaranya termasuklah Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Lebih daripada 50% ingin membelinya manakala separuh lagi ingin memusnahkannya,” jelas Joe Recep yang bekerja sebagai ejen hartanah berdaftar.

Menurut sumber, penjual rumah tersebut  yang merupakan keluarga Savordos telah membeli hartanah empat bilik di lot seluas 556 kaki persegi itu pada 2005 dengan harga $1.1 juta (RM6,384,631).

Mereka juga sempat melakukan renovasi namun berkeputusan untuk meninggalkan rumah tersebut tidak lama selepas itu kerana pembaharuan rumah tersebut memerlukan banyak pekerjaan untuk dilakukan.

tiada dapur & tandas, rumah 'usang' ini dijual pada harga rm19 juta

“Ia menjadi kosong sejak itu...ketika kami pertama kali pergi ke sana enam minggu lalu, kami terlihat rumput setinggi lutut dan menurut penduduk tempatan, terdapat ular di halaman belakang rumah tersebut.”

Tambahnya lagi, sebelum pemilik berkeputusan untuk meninggalkan tempat tersebut, mereka sempat merobek beberapa keping siling hiasan, dapur, tandas dan bilik mandi, menyebabkan rumah tersebut kelihatan seolah-olah rumah tinggal yang usang.

“Selepas jam 5 petang, sukar untuk menunjukkan rumah (kepada pembeli) kerana tiada sumber (elektrik)...kami harus menggunakan lampu di telefon bimbit untuk berjalan.

Bagaimanapun, dengan harga penjualan setinggi itu, hartanah tersebut dikatakan merupakan antara 10 penjualan yang termahal di kawasan Kensington.

 

Sumber: [1]