Viral Di Indonesia 'Lembaga Seram' Datang Majlis Kahwin! Tetamu Pun Jadi Bingung

Terkejut para tetamu apabila melihat susuk hantu legenda Indonesia yang digelar ‘wewe gombel’, hadir di sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di negara seberang itu baru-baru ini.

viral di indonesia 'lembaga seram' datang majlis kahwin! tetamu pun jadi bingung

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun TikTok @chi_cadell, pemilik akaun yang juga tetamu majlis itu mengaku terkejut kerana didatangi susuk tubuh yang menakutkan menyerupai hantu yang dikenali sebagai ‘wewe gombel’ itu ketika menghadiri majlis tersebut.

Dia turut mempersoalkan konsep majlis perkahwinan tersebut yang rata-ratanya membingungkan para tetamu yang hadir.

 

@utusantvofficial Replying to @notgoodlookingguy . Habis luka badan. Kedia-dua suspek telah ditahan polis. #dera #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound - UtusanTV

 

Dalam video berdurasi 22 saat itu, figura menakutkan itu muncul pada waktu malam ketika majlis diadakan. Beberapa tetamu jemputan dilihat kagum serta turut merakamkannya apabila susuk menakutkan itu berjalan menuju ke lorong.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih dari 1.7 juta kali.

Rata-ratanya, ramai wargamaya mengatakan mereka terkejut melihat figura itu dan mempersoalkan kesesuaian membawa figura seumpama itu datang ke majlis perkahwinan walaupun hanya untuk tujuan hiburan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN