Tetamu Bilik Ini Boleh Nikmati Penginapan Bersama Lebih Sejuta Lebah

Kebiasaannya kita membuat penginapan di mana-mana bilik sama ada rumah mahupun hotel bagi menikmati pemandangan indah dan juga untuk berehat menenangkan fikiran.

.

Namun adakah anda sanggup untuk menginap di sebuah bilik yang mempunyai jutaan lebah bersama anda?

tetamu bilik ini boleh nikmati penginapan bersama lebih sejuta lebah

Itu yang ditawarkan seorang penternak serangga itu dalam perkhidmatan hospitaliti secara dalam talian, Airbnb.

tetamu bilik ini boleh nikmati penginapan bersama lebih sejuta lebah

Menurut laporan, penternak serangga itu telah menyenaraikan ladang lebah miliknya dalam Airbnb, dimana para tetamu boleh menikmati penginapan mereka dengan bunyi degungan lebih sejuta lebah di dalam bilik.

.

Terletak di sebuah ladang zaitun di perkampungan Grottole di selatan Itali, bilik Airbnb itu direka khas oleh seorang artis Davide Tagliabue menerusi dana yang dikumpulkan dan dibina bersama penduduk setempat.

tetamu bilik ini boleh nikmati penginapan bersama lebih sejuta lebah

Idea untuk menghasilkan bilik Airbnb seperti itu adalah bagi memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati masa tidur mereka dengan bunyi dengungan lebah secara semula jadi.

.

Menurut Filomeno, dengungan lebah itu oleh menjadi terapi dan kelegaan kepada orang ramai.

.

Selain itu, tetamu juga boleh menyaksikan serangga itu membina sarangnya, dan menikmati sarapan enak termasuklah madu asli.

.

Sumber: [1]