Seperti yang kita tahu kereta mempunyai dua jenis transmisi iaitu automatik dan juga manual. Kebanyakkan kereta masa kini adalah jenis auto kerana ia lebih mudah.
Pun begitu, masih ada antara kita yang masih memandu kereta dengan transmisi manual, samalah juga seperti gadis ini hinggakan beliau masih menggunakan dua kaki semasa memandu kereta jenis auto.
Menerusi video di Tiktok, seorang wanita berkongsi rasa gementarnya apabila melihat rakannya memandu kereta automatik dengan dua kaki, mungkin sudah terbiasa memandu kereta jenis manual.
Menerusi video tersebut, kelihatan tiga wanita sedang dalam sebuah kereta menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui. Namun salah seorangnya yang sedang memandu dilihat menggunakan dua kaki, meskipun kebanyakkan orang memandu kereta auto hanya menggunakan satu kaki sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi serta pandangan masing-masing mengenainya. Ada yang berpendapat, tindakan memandu kereta auto dengan dua kaki adalah amat membahayakan.
Sumber: Tiktok @tashafiyya